LEND A HAND
  • Home
    • Spotted!
    • MNS Tapir Campaign
  • Wildlife Warrior
    • #MNSwildlifewarrior
  • forest friend
    • #MNSForestFriend
    • UCF Network
  • Ocean Buddy
    • Paddle for Nature
  • 3R Rebel
  • Clean-up Champion
  • Nature Educator
    • KPA LAH
    • WildFriends
  • Eco Explorer
  • News
    • Malaysian Naturalist
    • MEDIA
  • Contact
  • Home
    • Spotted!
    • MNS Tapir Campaign
  • Wildlife Warrior
    • #MNSwildlifewarrior
  • forest friend
    • #MNSForestFriend
    • UCF Network
  • Ocean Buddy
    • Paddle for Nature
  • 3R Rebel
  • Clean-up Champion
  • Nature Educator
    • KPA LAH
    • WildFriends
  • Eco Explorer
  • News
    • Malaysian Naturalist
    • MEDIA
  • Contact
LEND A HAND

smk bandar bintangor perguna bahan terbuang

11/10/2018

0 Comments

 
​SMK Bandar Bintangor, Sarikei, Sarawak
Aktiviti: Bengkel RBT SMKBB, hasilkan produk daripada bahan terbuang
Tarikh: 5 September 2018
Peserta: 47
Pengisian: Pelajar menghasilkan pelbagai produk yang berguna daripada bahan-bahan plastik terbuang seperti bekas pencuci, bekas shampoo mandian dan sebagainya. Selepas siap setiap kumpulan hendaklah membentangkan kegunaan produk itu serta membuat kesimpulan tentang kebaikan dari aktiviti yang dilaksanakan ini.
Picture
Picture
0 Comments

SMK Kai Chung mengutip sampah

11/10/2018

0 Comments

 
​SMK Kai Chung, Bintangor, Sarawak
Aktiviti: Jom Kutip Sampah, Kompleks Sukan Bintangor
Tarikh: 15 Ogos 2018
Peserta: 15
Pengisian: Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar sekolah secara sukarela menjalankan aktiviti mengutip sampah yang ada di sekitar kawasan kompleks sukan. Mereka menjalankan aktiviti dengan penuh rasa tanggungjawab dan tanpa memikirkan keadaan cuaca yang agak panas pada hari tersebut. Hasilnya, kuantiti sampah yang berjaya diperolehi agak banyak iaitu kebanyakannya botol-botol plastik dan kotak-kotak bekas minuman. Sebanyak 3 bungkus plastik sampah berjaya dikutip di sekitar kawasan kompleks sukan pada hari tersebut.
Picture
0 Comments

SK Long sepiling menguji kualiti air

11/10/2018

0 Comments

 
SK L​ong Sepiling, Baram, Sarawak
Aktiviti: Program Pendidikan Kualiti Air, Sungai Sepiling
Tarikh: 31 Julai 2018
Peserta: 20
Pengisian: Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Long Sepiling telah bekerjasama dengan pihak Malaysian Nature Society dengan usahasama Shell untuk mengadakan Program Pendidikan Kualiti Air. Pihak MNS telah hadir ke sekolah untuk memberikan taklimat dan program amali kajian kualiti air kepada murid-murid kelab alam sekitar SK Long Sepiling. Ahli kelab telah didedahkan dengan cara untuk menggunakan kit menguji pH air dan kehidupan biodiversiti yang terdapat didalam sungai Tinjar. Program ini dapat memberikan kesan positif kepada murid supaya mereka lebih peka mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan sungai setelah menguji sendiri kualiti air sungai yang menjadi sumber utama air bagi penduduk sekitar.
Picture
Picture
0 Comments

SMK Bandar Bintangor menanam pokok

11/10/2018

0 Comments

 
​SMK Bandar Bintangor, Sarikei, Sarawak
Aktiviti: Program Kehijauan SMKBB, Persekitaran SMK Bandar Bintangor
Tarikh: 28 Julai 2018
Peserta: 80
Pengisian: Kelab Pencinta Alam SMKBB mengelolakan aktiviti menanam pokok hiasan bersama ahli PIBG. Baka anak pokok telah dipohon dari Jabatan Pertanian Sarikei sebanyak 10 pohon untuk ditanam disekitar kawasan sekolah.
Picture
Picture
0 Comments

SMK Kai Chung ~ trash hero

11/10/2018

0 Comments

 
SMK Kai Chung, Bintangor, Sarikei, Sarawak
Aktiviti: Trash Hero, Stadium Chen Li Mei, SMK Kai Chung
Tarikh: 5 Julai 2018
Peserta: 10
Pengisian: Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar sekolah telah menjalankan satu aktiviti mengutip sisa plastik iaitu botol-botol plastik dan juga tin-tin minuman aluminium selepas berakhirnya pertandingan bola tampar peringkat negeri Sarawak. Ahli-ahli kelab mengutip sisa-sisa plastik dan aluminium yang terdapat di sekitar kawasan stadium dan sekolah. Seterusnya mereka mengasingkan sisa-sisa tersebut mengikut jenis yang berbeza. Tin-tin aluminium yang telah dikutip dimasukkan ke dalam sangkar tin aluminium yang disediakan di dalam kawasan sekolah (untuk warga sekolah). Manakala botol-botol plastik yang telah berjaya dikumpul di masukkan ke dalam tong berwarna jingga yang disediakan di sekolah. Botol-botol plastik tersebut akan dijual kepada penjual pada penghujung tahun nanti sempena dengan aktiviti tahunan "Jom Kitar Semula" yang diadakan setiap penghujung tahun sebelum berakhirnya sesi persekolahan. Kesemua ahli-ahli kelab yang terlibat bergerak secara aktif semasa aktiviti berlangsung dan mereka sedar salah satu punca pencemaran alam adalah kerana sisa-sisa seperti plastik, tin-tin aluminium jika ianya tidak dilupuskan secara berhemah. Secara tidak langsung apa yang mereka telah pelajari adalah jika alam tidak diuruskan secara lestari, ianya pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada semua.
Picture
Picture
0 Comments

SK Long Sepiling membersih pantai

11/10/2018

0 Comments

 
SK Long Sepiling, Baram, Miri, Sarawak
Aktiviti: Beach Cleaning, Pantai Marina Bay
Tarikh: 30 Jun 2018

Peserta: 600
Pengisian: Kelab Alam Sekitar SK Long Sepiling telah menghantar kertas kerja untuk melakukan aktiviti kesukarelawan “Beach Cleaning” dengan tema “Keindahan Pantai Tanggungjawab Bersama” kepada Pihak Pustaka Miri. Hasil perbincangan dan kerjasama semua pihak maka program “beach cleaning” ini menjadi kenyataan apabila mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi iaitu Hospital Miri, Fajar Kolej Miri, Institut Perindustrian Miri dan LA-21. Penganjur bersama program ini adalah pihak Pustaka Miri yang menaja penginapan murid dan peralatan untuk kegiatan pembersihan pantai. Tarikh 30 jun 2018 menjadi sejarah buat warga Miri apabila aktiviti “Beach Cleaning” berjaya mengumpul hampir 600 orang sukarelawan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut. Penyertaan daripada golongan kanak-kanak dan muda menjadi petanda positif apabila mereka turut serta dalam menjaga kebersihan pantai. Golongan ini perlu dipupuk dan diterapkan dengan kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan pantai untuk generasi akan datang.
Picture
Picture
0 Comments

SMK Kalabakan merai hari bumi

11/10/2018

0 Comments

 
SMK Kalabakan, Tawau, Sabah
Aktiviti: Hari Bumi 2018
Tarikh: 19 April 2018
Peserta: 90
Pengisian:
  • Pengumpulan botol plastik
  • Pembuatan jus enzim
  • Laluan berhalangan
Picture
0 Comments
    Picture

    kpa 4naturelah

    Local Environmental Heroes from Kelab Pencinta Alam, a programme run by the MNS Environmental Education Division 
    [email protected]

    Archives

    October 2018

    Categories

    All
    3R Rebel
    Cleanup Champion
    Forest Friend

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.