SMK Kai Chung, Bintangor, Sarawak Aktiviti: Jom Kutip Sampah, Kompleks Sukan Bintangor Tarikh: 15 Ogos 2018 Peserta: 15 Pengisian: Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar sekolah secara sukarela menjalankan aktiviti mengutip sampah yang ada di sekitar kawasan kompleks sukan. Mereka menjalankan aktiviti dengan penuh rasa tanggungjawab dan tanpa memikirkan keadaan cuaca yang agak panas pada hari tersebut. Hasilnya, kuantiti sampah yang berjaya diperolehi agak banyak iaitu kebanyakannya botol-botol plastik dan kotak-kotak bekas minuman. Sebanyak 3 bungkus plastik sampah berjaya dikutip di sekitar kawasan kompleks sukan pada hari tersebut. |
0 Comments
|
kpa 4naturelahLocal Environmental Heroes from Kelab Pencinta Alam, a programme run by the MNS Environmental Education Division ArchivesCategories |