SK Long Sepiling, Baram, Sarawak Aktiviti: Program Pendidikan Kualiti Air, Sungai Sepiling Tarikh: 31 Julai 2018 Peserta: 20 Pengisian: Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Long Sepiling telah bekerjasama dengan pihak Malaysian Nature Society dengan usahasama Shell untuk mengadakan Program Pendidikan Kualiti Air. Pihak MNS telah hadir ke sekolah untuk memberikan taklimat dan program amali kajian kualiti air kepada murid-murid kelab alam sekitar SK Long Sepiling. Ahli kelab telah didedahkan dengan cara untuk menggunakan kit menguji pH air dan kehidupan biodiversiti yang terdapat didalam sungai Tinjar. Program ini dapat memberikan kesan positif kepada murid supaya mereka lebih peka mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan sungai setelah menguji sendiri kualiti air sungai yang menjadi sumber utama air bagi penduduk sekitar. |
0 Comments
Leave a Reply. |
kpa 4naturelahLocal Environmental Heroes from Kelab Pencinta Alam, a programme run by the MNS Environmental Education Division ArchivesCategories |